YM Datok Mahaguru Muda Serantau Malaysia Pendekar Mohd Azmir Bin Hj Mohd Khalid merupakan Pengasas Utama Pertubuhan Seni Silat Gayung Ghaib Serantau Malaysia
012-4691580. Beliau telah diijazahkan sebagai Mahaguru Muda Serantau Malaysia oleh Pengasas Gayung Ghaib Yang Tertua Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin pada 22 Mac 2013 bersamaan 10 Jamadil Awal 1434H. Beliau hanya menjalankan amanah yang diberi semoga beliau berjaya mengembangkan silat ini dengan jayanya. Niat dihati hanya ingin meneruskan warisan Melayu maka mohon sokongan dan tunjuk ajar agar beliau menjadi yang terbaik. Mari bersama-sama kita memperjuangkan warisan Melayu ini. Bagi beliau gelaran Datok sama ertinya Tok atau seseorag pemimpin yang berpengaruh dalam pertubuhan tersebut serta sesuatu pengajian ilmu itu. Mahaguru bagi beliau adalah membawa pendapat bahawa mahalnya sesuatu ilmu yang dimilik oleh guru itu yang datang daripada Allah s.w.t sebagai amanah untuk disampaikan kepada yang memerlukannya.